- Iklan -
Berita

Kes Covid-19 global sudah melebihi 100 juta

Di seluruh dunia, setakat ini sekurang-kurangnya 2,151,242 orang maut akibat Covid-19.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas barisan hadapan membeli barang keperluan harian semasa waktu rehat tengahari di Pasar Tani Putrajaya dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan sosial pada 26 Januari, 2021. Gambar: Bernama

Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia semalam melepasi 100 juta sejak bermulanya pandemik ini, menurut laporan AFP.

Sejumlah 100,010,798 jangkitan dilaporkan semalam, menurut penjumlahan oleh AFP, yang dikumpulkan dari angka yang diberikan oleh badan kesihatan nasional.

Di seluruh dunia, setakat ini sekurang-kurangnya 2,151,242 orang maut akibat Covid-19.

Sebilangan besar mereka yang dijangkiti virus pulih, namun beberapa pesakit mengalami gejala selama berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan.

Bilangan kes rasmi yang didaftarkan sejak pandemik pertama muncul di China pada akhir 2019, mewakili sebahagian kecil daripada jumlah sebenar jangkitan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) yang melepasi 25 juta kes yang disahkan pada hujung minggu lalu, kekal menjadi negara dengan wabak terbesar.

Banyak negara terlambat untuk melaksanakan ujian sistematik, dan beberapa negara terus menguji hanya pesakit yang paling parah.

Sementara itu, negara-negara termiskin hanya memiliki kemampuan terhad untuk ujian.

Amerika Syarikat (AS) yang melepasi 25 juta kes yang disahkan pada hujung minggu lalu, kekal menjadi negara dengan wabak terbesar.

India berada di tempat kedua dengan 10.7 juta kes, dan Brazil ketiga dengan 8.9 juta kes.