Orang ramai kini meluangkan masa terlalu lama melihat pada skrin peribadi, terutama apabila terpaksa duduk di rumah setiap hari termasuk hujung minggu.
Selepas lama melihat skrin, kebanyakan orang ada ketikanya akan mengalami sakit leher dan keletihan mata.
Ini kerana skrin telefon pintar dan komputer memaksa mata bekerja keras dan kadangkala menjadi punca kepada satu keadaan dikenali sebagai ketegangan mata digital.
Pakar oftalmologi dari Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Dr Ching Wing Seng memberitahu MalaysiaNow jika dibandingkan membaca dan menulis media tradisional, melihat skrin digital memerlukan mata melakukan lebih banyak kerja dan jika terlalu lama ia boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan kering serta kerengsaan.
Ching mengatakan perbezaan paling besar antara melihat skrin digital dan halaman bercetak adalah kontras.
“Tulisan hitam dan putih di atas kertas adalah 100% kontras. Tulisan di atas skrin mungkin bukanlah kontras penuh,” katanya.
“Perkataan di atas skrin kebiasaannya kurang ketajamannya menyebabkan melihatnya menjadi sukar.”
Ini kerana skrin telefon pintar dan komputer memaksa mata bekerja keras dan kadangkala menjadi punca kepada satu keadaan dikenali sebagai ketegangan mata digital.
Tambahnya jarak dan sudut pandangan berbeza mampu memberi tugas lebih pada sistem visual yang kebiasaan akan meletihkan mata.
Orang yang mengalami rabun dekat dan jauh kebiasaannya akan mengalami ketegangan mata digital, katanya. “Jika masalah biasan tidak dibaiki dengan menggunakan cermin dengan kuasa yang betul, anda pasti akan mengalami ketegangan mata digital.”
Dia menegaskan, “Anda mesti mempunyai pencahayaan yang betul dan melihat skrin pada sudut yang tepat.”
Otot mata juga boleh terganggu akibat melihat skrin terlalu lama.
“Melihat telefon dengan menunduk merupakan posisi yang tidak baik kerana ia akan menambah berat dan tekanan pada leher,” katanya. “Keadaan itu perlu dielak kerana ia akan menyebabkan keadaan yang dipanggil postur kepala ke depan.”
Ching mengingatkan orang ramai untuk tidak duduk terlalu dekat dengan skrin.
Membongkok ke skrin boleh menyebabkan kekejangan otot dan sakit leher, bahu atau belakang.
“Posisi duduk terbaik ketika melihat skrin komputer adalah postur badan tegak dengan kaki bersandar pada lantai, dan pergelangan tangan berada di atas tanpa menyentuh papan kekunci ketika menaip,” katanya.
“Paling sesuai, skrin komputer perlu berada pada kedudukan 15 hingga 20 darjah di bawah paras mata yang mana kebanyakan orang akan mendapati ia lebih selesa untuk melihat skrin komputer apabila tengok ke bawah.”
Dan apabila mata semakin letih, ia akan berkedip lebih kerap, berehat sekejap daripada melihat komputer, dan guna pelincir penjagaan mata.
Dia mengesyorkan pelincir titik mata dan suplemen oral seperti lutein dan omega-3 untuk meredakan keletihan mata.
“Jika anda melihat skrin kira-kira 45 minit tanpa henti, anda harus berehat sebentar sebelum kembali menggunakannya,” katanya.
Pakar optometris OasisEye Prashanti Amirtharatnam, sebuah konsortium pakar oftalmologi, memberitahu MalaysiaNow kesan buruk skrin mampu merosakkan penglihatan kanak-kanak kerana mata mereka masih membesar dan berkembang.
Katanya, “Dengan kebanyakan kanak-kanak menghabiskan terlalu lama masa di skrin dan tidak bermain di luar sekarang ini, mereka berisiko mengalami rabun dekat atau myopia – di mana objek yang jauh menjadi kabur.”
Prashanti memetik satu kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Epidemiology yang menunjukkan rabun lebih perlahan dalam kalangan kanak-kanak yang menghabiskan masa dengan aktiviti luar, dan jauh daripada skrin digital.