- Iklan -
Berita

Mangsa banjir Sarawak meningkat kepada 133 orang

Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak melipat semula khemah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Taman Malihah setelah pusat itu dinaiki air pada 14 Januari, 2021. Gambar: Bernama
Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak melipat semula khemah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Taman Malihah setelah pusat itu dinaiki air pada 14 Januari, 2021. Gambar: Bernama

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 133 orang pagi ini berbanding 26 mangsa malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak tiga PPS kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.

Bahagian Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 106 orang di dua PPS, manakala Samarahan menempatkan 27 orang di sebuah PPS.

Setelah 10 hari situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, sebuah PPS kembali dibuka di Simunjan di bahagian Samarahan semalam susulan hujan lebat sejak beberapa hari lepas di negeri ini.