Di Flat KMC, sebuah kawasan kejiranan kaum Cina di bandar Kuching, penduduknya meraikan kedatangan sambutan Tahun Baru Cina dengan keceriaan.
Penempatan ini merupakan salah satu kawasan yang dibangunkan di bawah skim perumahan awam kerajaan negeri, dan majoriti penduduk yang menetap di sini terdiri daripada mereka berpendapatan rendah.
Dalam kalangan penduduk di situ adalah sebuah keluarga empat beranak: sepasang pasangan warga emas, yang kedua-duanya berkerusi roda bersama dua anak mereka yang berkeperluan khas.
Bagi Tan Heng Eong, 71, dan isterinya Chang Ted Nyuk, Tahun Baru Cina disambut dengan penuh makna dalam kesederhanaan.
Ia disebabkan keadaan yang dialami mereka – selain berkerusi roda, Tan juga menderita dengan masalah penglihatan dan penyakit kulit yang serius sehingga menyukarkan pergerakannya.
Tan dan Chang berterima kasih kepada satu-satunya anak perempuan yang ada, Mei Ching yang sudi menjaga mereka berdua.
Malam semalam, keluarga itu menyambut Tahun Lembu dengan makan besar secara sederhana.
“Saya menyedikan makan malam untuk keluarga menggunakan apa yang ada di dapur,” kata Mei Ching kepada MalaysiaNow.
Sumber-sumber ini, hasil daripada apa yang mereka usahakan selama ini, adalah petanda aras kemiskinan.
Sejak bertahun-tahun lalu, inilah cara bagaimana Mei Ching memasak makanan untuk Tahun Baru Cina buat keluarganya.
Dia tidak kelihatan seperti wanita berusia 34 tahun disebabkan keadaan fizikalnya yang kurus kering.
Di sebalik kesusahan yang dialami, riak wajahnya menggambarkan dia tetap bersyukur.
Mei Ching hanya sempat bersekolah sehingga Darjah 2.
Dia bergelut untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu ketika bercakap dengan MalaysiaNow mengenai harapannya agar Tahun Lembu akan membawa kegembiraan kepadanya dan keluarga.
Baginya, sekatan perintah kawalan pergerakan Covid-19 dan yang menidakkan sambutan merupakan satu rahmat tanpa disedari kerana jiran-jirannya tidak akan keluar meninggalkan bandar untuk meraikannya.
Ini bermakna dia dan keluarganya akan dapat makanan yang mereka bawa untuk dikongsi bersama.
Mei Ching menghabiskan hari-harinya dengan menjaga kedua ibu bapanya dan abangnya yang turut mengalami masalah pertuturan, keluar bekerja. Dia dibayar gaji hari dengan melakukan kerja-kerja buruh.
Baru-baru ini, nasib keluargannya mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan, Hope Place yang membantu komuniti kurang bernasib baik di Kuching, dengan mengedarkan makanan dan bekalan perubatan serta menghulurkan bantuan ketika kecemasan.
Mei Ching dan ayahnya turut menerima bantuan daripada jabatan kebajikan sebanyak RM250 dan RM350 setiap bulan.
Namun, jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga yang menetap di bandar ini.
Abang Mei Ching hilang pekerjaan tetapnya ketika perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan awal tahun lepas.
“Gaji hari yang diterima tidak banyak, sekadar RM15 hingga RM20 sehari. Dengan pendapatan kecil itu, dia tidak mampu menyara keluarganya,” kata Pengasas Hope Place Kevin Wan yang berusaha membantu keluarga itu.