- Iklan -
Berita

Terlibat Macau Scam, 31 polis bakal dihukum

Mereka dirujuk ke pihak Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi

Seramai 31 warga Polis Diraja Malaysia yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian bakal berdepan hukuman berat tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata proses bagi menjatuhkan hukuman ke atas mereka dibawa ke pihak Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya.

Beliau berkata mereka sebelum ini disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam didalangi Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melengkapkan siasatan dan diserahkan kepada SPP yang dipengerusikan Yang Berhormat Menteri (Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin) sendiri.

“Ini kerana kesalahan itu kami anggap sesuatu yang amat serius atas kepentingan orang ramai. Jadi saya sebagai ketua polis negara mengambil tindakan dengan membawanya ke peringkat atasan untuk diadili sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Hulu Kinta, kira-kira 30 minit dari Ipoh hari ini.