PKPB di Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang
Perjalanan rentas daerah kini dibenarkan, namun rentas negeri masih dilarang.
Terkini
Kesemua empat negeri yang dilaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar status kepada perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata perkara ini diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mendapati trend menunjukkan kes jangkitan Covid-19 semakin menurun.
Sementara itu, PKPB di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dilaksanakan .
Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Labuan yang sebelum ini dikenakan PKPB ditukar status kepada PKPP. Sementara Perlis kekal berstatus PKPP
“Manakala semua SOP masih dikekalkan seperti yang ditetapkan MKN.”
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.