Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini nafi keluar PKR
Awang nasihatkan ahli PKR untuk tidak mempercayai tuduhan beliau lompat parti.
Terkini
Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tuduhan beliau akan melompat parti itu, katanya, tidak berasas dan hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baiknya.
“Saya tidak tahu dari mana mereka dapat maklumat itu…namun saya berterima kasih kerana mereka buat saya ‘popular’,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli PKR Sabah khususnya di kawasan Putatan tidak mempercayai tuduhan berkenaan yang menurutnya hanya bertujuan mahu memecah-belahkan parti berkenaan.
“Saya nasihatkan agar jangan sesekali mendengar atau percaya apa yang ditulis dalam laman web kerana itu hanya tuduhan semata-mata,” tegasnya.
Dakwaan yang menyatakan Awang Husaini akan keluar parti timbul selepas dua Ahli Parlimen PKR, Larry Sng dari Julau, Sarawak dan Stephen Choong dari Tebrau, Johor, bertindak keluar parti pada Ahad lepas dan menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.