- Iklan -
Berita

Tiga kawasan di Selangor dilanda jerebu

Kawasan-kawasan itu mencatat IPU tidak sihat setakat 8 pagi tadi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Tiga kawasan mencatat IPU 101 hingga 200 (tidak sihat). Gambar: Bernama
Tiga kawasan mencatat IPU 101 hingga 200 (tidak sihat). Gambar: Bernama

Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada pukul 8.00 pagi ini.

Pemerhatian Bernama juga mendapati kawasan di sekitar Shah Alam kelihatan agak berjerebu dengan bacaan IPU 96, setakat pukul 8.00 pagi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.