Dua bekas Adun DAP sertai Bersatu di Perak
Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu.
Terkini
Perkara itu disahkan Setiausaha Bersatu Perak Zainol Fadzi Paharudin dalam pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.
“Ya mereka kini menyertai Bersatu. Kita telah menerima permohonan mereka sebelum ini dan telah diluluskan pada Disember lepas (2020). Yong kini menjadi ahli Bersatu di Batu Gajah, sementara Sivasubramaniam di Ipoh Barat.
“Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu, untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) yang telah mengambil Perak dari Pakatan Harapan (PH).
“Mereka menjadi ahli Bersekutu Bersatu selepas perubahan Menteri Besar di Perak Disember lepas,” menurut Zainol yang juga Adun Sungai Manik.
Sebelum ini media melaporkan, Sivasubramaniam menyertai Gerakan pada Jun 2020 manakala Yong pula memilih menjadi Adun bebas dan melihat kepada perkembangan hari ini, Gerakan kini tiada wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.