Tinjaun mendapati lebih dari 75% warga Jepun tidak bersetuju pemerhati sukan dari luar negaranya turut serta dalam sukan Olimpik di Tokyo.
Tinjaun yang dilaksanakan akhbar Yomiuri Shimbun mendapati hanya 18% rakyat negara itu menyokong untuk membenarkan pemerhati asing melawat Jepun bagi menyertai temasya sukan yang ditangguh sejak tahun lalu.
Penganjur sukan itu berkata pihaknya akan membincangkan perkara tersebut dan meneliti keputusan yang bakal diambil pada bulan ini sebelum obor Olimpik dinyalakan pada 25 Mac depan.
Bagaimanapun, media Jepun berkata para penganjurnya telah mengambil keputusan untuk menyekat kedatangan pemerhati luar.
Presiden Tokyo 2020 Seiko Hashimoto berkata pihak penganjur “sememangnya mahu mengadakan acara sukan itu di stadium yang penuh dengan peminat-peminat dari seluruh dunia, namun ia sukar dilakukan kerana situasi ketika ini tidak membolehkan ia dilakukan kerana kemudahan-kemudahan perubatan tidak begitu mencukupi.”
Pihak penganjur sukan itu turut berkata mereka akan membuat keputusan mengenai had pemerhati sukan itu pada April depan.
Tinjaun itu dilakukan pada 5 hingga 7 Mac melalui telefon, dengan 1,066 responden dari 1,977 orang yang dihubungi.