- Iklan -
Berita

Bukan kerajaan ‘pintu belakang’ tapi ‘pintu Istana’, kata Chandra Muzaffar

Kepimpinan Muhyiddin Yassin berdepan cabaran, namun ia dilihat berjaya dalam tempoh setahun pentadbirannya.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Chandra Muzaffar menyifatkan pentadbiran Muhyiddin Yassin memiliki prestasi yang baik selepas setahun memerintah. Gambar: Facebook
Chandra Muzaffar menyifatkan pentadbiran Muhyiddin Yassin memiliki prestasi yang baik selepas setahun memerintah. Gambar: Facebook

Pemikir terkenal Chandra Muzaffar menyanggah mereka yang menggambarkan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai “kerajaan pintu belakang” dengan mengatakan perubahan politik di Putrajaya tahun lepas bukan perkata yang tidak biasa berlaku di dunia.

“Saya harus terangkan dari awal lagi, saya tidak menganggap ini kerajaan pintu belakang. Sebagai ahli sains politik ini bukan kerajaan pintu belakang kerana ini sesuatu yang biasa berlaku dalam beberapa negara apa yang berlaku di negara kita.”

“Beliau (Muhyiddin) bukan back door PM beliau ini saya lebih senang kalau guna istilah dilantik dari pintu Istana. Ini adalah fakta, Muhyiddin dilantik oleh Agong dan Raja-raja,” kata beliau dalam sebuah rancangan yang disiarkan RTM sempena setahun pentadbiran Muhyiddin.

Kerajaan pintu belakang adalah gelaran kepada pentadbiran Muhyiddin yang sering digunakan pemangkang bagi mempersoalkan kepimpinan dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak dipilih melalui pilihan raya.

Sejak memegang pentadbiran kerajaan, dalam ucapan beliau, Muhyiddin beberapa kali mengakui pentadbirannya tidak dilantik dalam pilihan raya namun berikrar untuk memerangi pandemik Covid-19.

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri selepas pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Beliau dilantik selepas Agong bertemu dengan 222 orang ahli Parlimen untuk menetapkan perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti.

Chandra berkata adalah salah untuk menggunakan istilah “kerajaan pintu belakang” bagi kerajaan Muhyiddin.

“Beliau (Muhyiddin) bukan back door PM beliau ini saya lebih senang kalau guna istilah dilantik dari pintu Istana. Ini adalah fakta, Muhyiddin dilantik oleh Agong dan Raja-raja,” katanya.

Sebelum ini, katanya, krisis politik dan penjajaran kesetiaan membentuk lanskap politik Malaysia.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) yang pernah mendominasi kerajaan beberapa dekad berevolusi daripada penjajaran politik dan lompat parti.

“Itu memang fenomena biasa dalam politik,” tambah Chandra.

Dalam pada itu, Chandra berkata adalah salah untuk menyalahkan tumbangnya PH adalah kerana Muhyiddin dan PN.

Bahkan, katanya, punca utama tumbangnya PH adalah daripada pimpinan PH yang menekan Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan tarikh beliau meletak jawatan.

Beliau berkata, salah satu strategi pengkritik Mahathir adalah mendapatkan media asing untuk bertanya mengenai perubahan kepimpinan kepada Anwar Ibrahim.

Soalan sedemikian tidak boleh diterima kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencapai kemenangan yang disifatkan sebagai mustahil.

“Sebelum beliau (Mahathir), tak ada siapa boleh jatuhkan BN walaupun setelah empat PRU.

“Namun setiap kali berucap di luar, soalan tersebut akan disoal media barat bila Anwar akan ganti,” kata Chandra yang pernah menjadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional sebuah parti yang dipimpin Anwar sebelum menjadi PKR.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.