Seorang lagi wanita mendakwa gabenor New York mencabul beliau menjadikan setakat ini enam orang wanita telah menuduh Andrew Cuomo melakukan gangguan seksual dan tingkah laku tidak sopan, lapor media pada Selasa.
Namun pemimpin Demokrat berusia 63 tahun itu masih berkeras untuk tidak mahu meletakkan jawatannya.
Cuomo berkata beliau tidak sedar mengenai tuduhan terbaru itu, Cuomo berulang kali berkata beliau akan menunggu keputusan siasatan bebas berkenaan tuduhan tersebut yang dijalankan Peguam Negara AS Letitia James.
“Biarkan siasatan dijalankan untuk dapatkan fakta sebenar, kita akan ambil keputusan dari sana,” kata Cuomo dalam taklimat ringkas melalui telegon selepas tuduhan terbaru itu diterbitkan.
Laporan akhbar The Times Union berkata tuduhan itu didakwa oleh seorang pekerja gabenor New York yang tidak mahu dikenali. Insiden itu pula terjadi di rumah rasmi Cuomo tahun lepas.
Wanita itu tidak membuat aduan, namun tuduhan beliau itu diajukan ke jabatan guaman gabenor New York dan jabatan peguam negara.
Dakwaan terbaru ini dilihat terus melemahkan kedudukan gabenor tersebut yang menduduki jawatan tersebut sejak 10 tahun lalu.
Cuomo juga dilihat cemerlang dalam usahanya memerangi pandemik Covid-19 selepas mengambil pendekatan berbeza dari Donald Trump. Namun kini pemimpin Demokrat itu dikecam baik dari Republikan bahkan daripada partinya sendiri.