- Iklan -
Berita

Top Glove hadapi 10 pertuduhan gagal sedia penginapan sempurna kepada pekerja

Kesalahan itu didakwa dilakukan di 10 penginapan berbeza di Ipoh, Perak.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pertuduhan terhadap Top Glove adalah mengikut Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 jika sabit kesalahan.
Pertuduhan terhadap Top Glove adalah mengikut Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pengeluar sarung tangan getah Top Glove Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 10 pertuduhan gagal menyediakan penginapan kepada pekerja mengikut standard yang ditetapkan Jabatan Tenaga Kerja, pada November lepas.

Syarikat berkenaan yang diwakili pengarahnya, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Berdasarkan semua pertuduhan, syarikat itu didakwa menyediakan penginapan kepada pekerja asing yang tidak diperakukan dengan Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja seperti kehendak Seksyen 24D(1) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di 10 penginapan berbeza di Pusat Perdagangan Tasek Mutiara antara 9 pagi hingga 1.30 tengah hari, 26 November lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim dan Zaihas Mohd Syakir Hasfar manakala syarikat berkenaan diwakili peguam Chew Jee San.

Mahkamah menetapkan 28 April untuk sebutan semula kes.