- Iklan -
Berita

Bekas pengarah didakwa kes rasuah pertama korporat libat RM1 bilion

Lelaki berusia 64 tahun itu akan mendengar pertuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi

Sebuah syarikat penyewaan kapal akan menjadi organisasi komersial pertama di negara ini yang didakwa mengikut Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sejak seksyen itu dikuatkuasakan pada 1 Jun tahun lepas.

Menurut kenyataan SPRM, pendakwaan akan dibuat terhadap pengarah syarikat tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Untuk rekod, Seksyen 17A akta itu (Pindaan 2018) memperuntukkan organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau pihak bersekutunya terlibat dengan jenayah rasuah.

Semalam, SPRM menahan bekas pengarah syarikat tersebut kerana disyaki terbabit rasuah sebanyak RM321,350 sebagai imbuhan memberikan subkontrak penyewaan kapal dalam kerja-kerja cari gali minyak.

Lelaki berusia 64 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan memberi suapan untuk mendapatkan kontrak penyewaan kapal.

Menurut kenyataan itu, perbuatan rasuah tersebut dilakukan antara 29 Jun hingga 14 Oktober tahun lalu membabitkan nilai keseluruhan projek sebanyak RM1 bilion.

Susulan itu, SPRM memanggil dan mengambil keterangan pengarah syarikat tersebut bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.