- Iklan -
Berita

Covid-19 mungkin jadi ‘wabak bermusim’, kata PBB

Penularan jangkitan terhadap organ pernafasan seringkali bermusim.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
PBB menubuhkan pasukan meteorologi bagi menyiasat kemungkinan Covid-19 menjadi penyakit bermusim. Gambar: AFP
PBB menubuhkan pasukan meteorologi bagi menyiasat kemungkinan Covid-19 menjadi penyakit bermusim. Gambar: AFP

Pandemik Covid-19 berkemungkinan menjadi satu penyakit bermusim, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

PBB turut mengingatkan supaya dunia tidak melonggarkan langkah-langkah membendung pandemik hanya kerana faktor-faktor meteorologi.

Selepas setahun Covid-19 muncul di China, misteri masih lagi menular seputar penyakit yang kini telah membunuh lebih kurang 2.7 juta orang.

Dalam sebuah laporan oleh pasukan pakar yang ditugaskan untuk menyiasat misteri mengenai Covid-19 telah memulakan kajian potensi meteorologi dan udara mempengaruhi Covid-19 atau tidak.

Mereka menemui beberapa tanda bahawa Covid-19 boleh menjadi wabak bermusim.

Pasukan dianggotai 16 orang pakar yang ditubuhkan PBB itu berkata penularan jangkitan terhadap organ pernafasan seringkali bermusim.

“Lebih-lebih lagi pada pertukaran musim sejuk-musim luruh, influenza dan selesema koronavirus boleh menjadi aktif.

“Ini juga boleh meneguhkan jangkaan bahawa jika Covid-19 terus menular bagi beberapa tahun lagi, ia boleh menjadi penyakit bermusim,” kata laporan itu.

Bagaimanapun, menurutnya laporan itu juga, penularan yang dinamik setakat ini memperlihatkan bahawa campur tangan kerajaan dengan melaksanakan sekatan dan larangan perjalanan sangat memberi kesan terhadap wabak itu, bukan cuaca.

Oleh itu, pasukan tersebut menegaskan bahawa cuaca tidak boleh menjadi pencetus sebab bagi melonggarkan sekatan anti-Covid.

“Pada tahap ini, bukti tak menyokong bahawa faktor-faktor meteorologi dan udara sebagai dasar kerajaan melonggarkan usaha mengurangkan penularan,” kata Ben Zaitchik dari jabatan sains bumi dan planet di Universiti John Hopkins.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.