- Iklan -
Berita

Khairy akan jumpa KDN bincang vaksinasi kepada pendatang asing

Malaysia mengikut contoh negara lain untuk memberikan vaksinasi kepada bukan warganegara.

Siva Selan
1 minit bacaan
Kongsi
Wujud warga asing takut mendaftar suntikan vaksin kerana risau ditahan pihak berkuasa.
Wujud warga asing takut mendaftar suntikan vaksin kerana risau ditahan pihak berkuasa.

Putrajaya akan mengadakan perbincangan dengan kementerian dalam negeri, badan bukan kerajaan (NGO), dan agensi antarabangsa bagi memastikan program vaksinasi Covid-19 kebangsaan dapat diberikan kepada pendatang asing tanpa dokumen.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Khairy Jamaluddin ditanya pada sidang media hari ini sama ada agensi-agensi kerajaan akan memberikan jaminan bahawa pendatang asing tanpa dokumen tidak akan ditahan ketika mereka hadir untuk menerima suntikan.

“Pendirian kerajaan adalah kita akan sediakan vaksinasi percuma kepada semua orang di Malaysia termasuk pendatang asing dokuen dan pelarian dengan jaminan mereka tak akan ditahan atau dilaporkan.

“Kita akan kerjasama dengan NGO untuk uruskan vaksinasi,” kata beliau lagi.

Menurutnya, Mercy Malaysia dan Medicine San Frontiers adalah antara NGO yang akan turut bersama dalam usaha tersebut.

“Saya sudah bincang dengan PBB dan NGO lain untuk pastikan pencari suaka dan pelarian turut daftar bagi menerima suntikan vaksin.”

Bulan lalu, Putrajaya berkata vaksinasi Covid-19 akan turut diberikan kepada mereka yang bukan warganegara di Malaysia.

Ia turut berkata ia adalah sebahagian tanggungjawab kemanusiaan kerajaan selain dapat membantu negara mencapaii tahap imuniti kelompok.

Keputusan itu memberikan suntikan vaksin kepada bukan warga Malaysia yang tinggal di negara ini selain turut mengambil contoh negara-negara lain yang mendaftarkan warga Malaysia dalam program vaksin mereka.