- Iklan -
Berita

Mayat ketiga masih terperangkap di tapak binaan lebuh raya

Bomba masih melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang dihempap kren.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kemalangan kren jatuh semalam adalah insiden kedua meragut nyawa berlaku di kawasan tapak binaan lebuh raya. Gambar: Bernama
Kemalangan kren jatuh semalam adalah insiden kedua meragut nyawa berlaku di kawasan tapak binaan lebuh raya. Gambar: Bernama

Pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat mangsa ketiga kemalangan kren jatuh di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) yang terperangkap.

Jabatan Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata pasukan penyalamat sedang melakukan kerja–kerja penstabilan U beam dengan menggunakan “I-Beam Support” sebelum melakukan angkatan pada “crane laucher” (pelancar kren) yang menghempap mangsa.

Mangsa adalah salah seorang dari tiga pekerja warga China yang terbunuh, selepas kren di tapak binaan lebuh raya berdekatan Alam Damai itu jatuh.

Kemalangan tersebut adalah tragedi meragut nyawa kedua di projek binaan lebuh raya bulan ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.