Kerajaan akan teliti rentas negeri sempena Aidilfitri, kata PM
Kerajaan akan umum keputusan pada masa yang sesuai.
Terkini
Kerajaan akan meneliti mengenai kebenaran pergerakan rentas negeri bersempena Aidilfitri yang akan disambut pada pertengahan Mei depan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Pada masa sama, beliau turut membayangkan kemungkinan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta aktiviti takbir raya dan kunjung-mengunjung ke rumah berdekatan selepas kerajaan sebelum ini memberikan kebenaran mengadakan solat sunat tarawih pada Ramadan kali ini.
“Lepas ini, besok (nanti) nak raya, mungkin boleh buat solat raya bersama-sama takbir dan sebagainya, atapun selepas itu boleh ziarah, kalau rumah sebelah bolehlah kot, tapi nak rentas negeri balik kampung, saya belum dapat nak bagi jawapan.
“Untuk itu, kita akan teliti… insya-Allah, nanti akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong, hari ini.
MENYUSUL LAGI
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.