Kerajaan persekutuan akan menilai semua tuntutan yang dibawa oleh Sarawak terutamanya yang melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan adil, kata Muhyiddin Yassin.
Perdana menteri juga memberi jaminan bahawa hak-hak Sarawak akan terus dilindungi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya komitmen tersebut telah dizahirkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi penubuhan portfolio khusus di bawah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta penubuhan Majlis Khas mengenai MA63.
“Pada masa ini, Majlis Khas MA63 sedang meneliti perkara-perkara yang berkaitan dengan hak-hak Sarawak, dengan beberapa kemajuan yang telah pun dicapai.
“Kerajaan PN mahu menambah baik hubungan persekutuan-negeri dengan bersandarkan pada asas lebih kukuh melalui pendekatan saling menghormati dan memahami,” katanya dalam ucapan pada Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.
MENYUSUL LAGI