Maqis rampas majerin bernilai RM116,211 dari Ireland guna permit palsu
7,824 kilogram produk tenusu marjerin dari Ireland itu dirampas kerana menggunakan dokumen yang mengelirukan.
Terkini
Pengarah Maqis Selangor Zamri Hisham berkata rampasan itu dibuat selepas menjalankan pemeriksaan rutin pada 10 pagi.
“Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengemukakan permit yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan.
“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya Maqis akan terus menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus memperkasakan semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.