- Iklan -
Berita

Top Glove bekerjasama dengan pengkritik tambah baik kebajikan pekerja

Top Glove berkata ia akan meneruskan rundingan dengan pihak Kastam CBP AS yang baru-baru ini mengambil tindakan terhadapnya.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Pekerja Top Glove di salah sebuah kilang syarikat itu. Gambar: Bernama
Pekerja Top Glove di salah sebuah kilang syarikat itu. Gambar: Bernama

Syarikat Top Glove hari ini berkata pihaknya mengalu-alukan untuk kerjasama dengan pengritiknya termasuk pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) ekoran tuduhan ia menafikan hak pekerja-pekerjanya sehingga produk eksport syarikat itu disekat.

Syarikat itu turut berkata ia akan meneruskan rundingan dengan pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) yang baru-baru ini mengambil tindakan terhadapnya ekoran isu buruh paksa yang terpalit pada syarikat tersebut.

Pengerusi Top Glove Lim Wee Chai turut mengumumkan kerjasama dengan pengkritiknya yang paling lantang, seorang aktivis hak pekerja, Andu Hall dengan menegaskan ia mahu menjadi “syarikat produksi dengan amalan terbaik Persekitaran Sosial dan Pentadbiran (ESG) dalam industri.”

“Top Glove juga mahu menyatakan komitmennya sepanjang taklimat itu mengenai kebajikan, keselamatan pekerja dalam menuju matlamat menjadi syarikat bertanggungjawab khususnya di Malaysia dan dunia umumnya,” kata syarikat itu dalam sebuah kenyataan.

Sementara itu, Hall turut menyambut baik pelawaan tersebut dan menyifatkannya sebagai “satu momentum yang semakin baik” dari Top Glove dalam menyelesaikan amalan atau isu buruh paksa di dalam syarikatnya.

Beliau berkata pihak berkuasa AS masih enggan menarik balik penemuannya berkaitan amalan buruh paksa terhadap Top Glove dan hal tersebut boleh dipersoalkan kerana terdapat syarikat di Malaysia yang “melakukan amalan tersebut lebih buruk dari Top Glove” berhubung kebajikan pekerja namun tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang perdagangan.

“Saya memang mahu kerja bersama mereka bagi memastikan isu hak dan kebajikan pekerja akan diutamakan di dalam amalan seluruh premis syarikat,” kata Hall

Top Glove adalah syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia, antara syarikat yang menyaksikan keuntungan berlipat ganda sehingga mencecah bilion ringgit sepanjang pandemik Covid-19.

Bulan lalu, CBP mengarahkan kakitangannya di kesemua pintu masuk pelabuhan AS untuk memulakan rampasan sarung tangan pakai buang yang dikeluarkan Top Glove berikutan pembuat sarung tangan getah terbesar dunia itu dipercayai menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan sarung tangan pakai buang.

Keuntungan Top Glove melonjak sebanyak RM2.38 bilion dalam suku akhir tahunannya pada November. Ia meningkat dari jumlah keuntungan RM111 juta dalam tempoh yang sama pada 2019.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.