- Iklan -
Berita

Nato susuli langkah AS undur tentera dari Afghanistan

Sekutu Nato memutuskan pengunduran tentera dimulakan pada 1 Mei depan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Selain angkatan tentera AS, kira-kira 10,000 tentera Nato turut ditempatkan di Afghanistan. Gambar: AP
Selain angkatan tentera AS, kira-kira 10,000 tentera Nato turut ditempatkan di Afghanistan. Gambar: AP

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) pada Rabu bersetuju untuk menuruti jejak langkah Amerika Syarikat (AS) menarik balik semua tenteranya dari Afghanistan, lapor Xinhua.

Washington sebelum ini mengumumkan akan menarik balik semua tenteranya menjelang 11 September.

AS menghantar tenteranya ke Afghanistan pada 2001 susulan serangan 9/11, diikuti sekutunya Nato, “untuk memerangi Al-Qaeda dan pihak yang mahu menyerang AS,” menurut satu kenyataan dikeluarkan selepas mesyuarat menteri luar dan pertahanan Nato secara maya.

Sekutu Nato memutuskan pengunduran tentera dimulakan pada 1 Mei yang dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk menyelesaikannya dan langkah itu akan dilaksana secara “teratur dan berperingkat.”

“Jika Taliban menyerang tentera bersekutu semasa sedang berundur serangan balas yang padu akan dilancarkan.

“Pengunduran tentera bukan bermakna hubungan Nato dengan Afghanistan berakhir, sebaliknya, ia menandakan “bermulanya episod baharu,” kata kenyataan itu.

Sementara itu Setiausaha Agung Nato Jens Stoltenberg pada sidang media bersama Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin berkata ” kami masuk ke Afghanistan bersama-sama dan kami berundur juga bersama-sama.”

“Sekutu dan rakan pakatan akan terus teguh berdiri bersama rakyat Afghanistan, tetapi kini sudah tiba masanya untuk rakyat Afghanistan sendiri membina keamanan yang berkekalan,” kata Stoltenberg.

Buat masa ini terdapat kira-kira 10,000 tentera Nato di Afghanistan

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.