KKMM mohon pengamal media diberi keutamaan vaksin Covid-19 dalam fasa kedua
Ini kerana pengamal media juga adalah petugas barisan hadapan.
Terkini
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengemukakan permohonanan agar pengamal media diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Menterinya, Saifuddin Abdullah berkata beliau meminta agar suntikan vaksin Covid-19 kepada pengamal media disegerakan kerana media juga adalah petugas barisan hadapan.
“Saya tangguhkan (suntikan) vaksin sebab ingin terima vaksin bersama-sama media. Bila saya dapat, media dapat dalam fasa kedua. Insya-Allah…kita telah minta supaya disegerakan sebab media juga frontliner (petugas barisan hadapan),” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang memberi keutamaan kepada warga emas, Orang Kurang Upaya dan golongan berpenyakit kronik akan bermula esok di lapan negeri iaitu Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.