- Iklan -
Berita

Seorang lagi direman bantu siasatan kes pukul pekerja berpuasa

Perintah reman terhadap suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret di Klang hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Dua orang pengawal keselamatan warga asing pulang ke rumah yang terletak di Desa Temuan, Bukit Lanjan, Selangor selepas habis syif kerja.
Dua orang pengawal keselamatan warga asing pulang ke rumah yang terletak di Desa Temuan, Bukit Lanjan, Selangor selepas habis syif kerja.

Seorang lagi individu direman bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa.

Perintah reman terhadap suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret di Klang hari ini.

Suspek iaitu majikan yang disyaki memukul dua pengawal peribadi itu direman lima hari hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 KK (ugutan), Seksyen 298 KK (menghina Islam) dan Seksyen 307 KK kerana cubaan membunuh.

Terdahulu, suspek yang memakai kemeja-T baju berwarna biru tiba di pekarangan mahkamah sekitar 10 pagi tadi diiringi pihak polis.

Ahli perniagaan tersebut ditahan polis pada 8.20 malam di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis lepas susulan terbabit dalam kejadian memukul pengawal peribadinya sebelum ini.

Mahkamah Majistret Klang pada Khamis, turut mengeluarkan perintah reman kepada empat individu termasuk seorang pengawal peribadi bagi membantu siasatan kes itu.

Tiga daripada suspek yang merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit direman lima hari manakala pengawal peribadi itu direman tujuh hari bermula Khamis (15 April).

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.