Operasi bazar Aidilfitri dibenar hingga 2 pagi mulai esok
Lanjutan tempoh operasi itu dibenarkan selepas mendengar rayuan daripada penjaja bazar.
Terkini
Bazar Aidilfitri di seluruh negara dibenar beroperasi hingga pukul 2 pagi berbanding 12 tengah malam sebelum ini, berkuat kuasa esok.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata lanjutan tempoh operasi itu dibenarkan selepas mendengar rayuan daripada penjaja bazar.
“Kita dimaklumkan pengunjung mula keluar selepas solat isyak dan tarawih dan bila kita benarkan mereka beroperasi setakat pukul 12 tengah malam waktu berniaga terlalu pendek,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) hari ini.
MENYUSUL LAGI
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.