- Iklan -
Berita

Khairy akan adakan perbincangan lanjut dengan menteri kesihatan tentang vaksin AstraZeneca

Beliau berkata perbincangan lanjut perlu selepas mengambil kira kegusaran rakyat mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin AstraZeneca

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan sedang menyediakan suntikan vaksin Covid-19.
Petugas kesihatan sedang menyediakan suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengenai penggunaan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca.

Beliau berkata perbincangan lanjut perlu selepas mengambil kira kegusaran rakyat mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin AstraZeneca yang akan digunakan dalam program imunisasi.

“Saya akan umumkan sesuatu esok dan petang ini saya akan adakan perbincangan dengan Dr Adham setelah mengambil kira kegusaran rakyat yang bercakap tentangnya di media sosial semalam dan ada antara mereka mula takut untuk menerima vaksin,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020 dekat Kangar hari ini.

Beliau berkata walaupun terdapat data, sains dan pelbagai lagi yang membuktikan vaksin AstraZeneca selamat diguna pakai namun kebimbangan rakyat terhadap vaksin tersebut turut diambil kira.

“Saya perlu mengambil kira pandangan rakyat yang gusar, kita tidak mahu vaksin ini menggugat program imunisasi,” katanya.

Semalam, Adham berkata vaksin AstraZeneca adalah selamat dan akan digunakan dalam proses vaksinasi golongan berusia 60 tahun ke atas dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula pada 19 April lepas untuk golongan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.