- Iklan -
Berita

Lebih 13,000 komputer riba diberikan kepada murid sekolah, kata menteri

Usaha pemberian komputer riba seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021 telah bermula dan akan diteruskan untuk baki unit selebihnya.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Komputer dan laptop kini menjadi antara medium masyarakat mendapatkan maklumat. Gambar: Bernama
Komputer dan laptop kini menjadi antara medium masyarakat mendapatkan maklumat. Gambar: Bernama

Lebih 13,000 komputer riba diberikan kepada murid-murid sekolah di seluruh negara, kata Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia), Radzi Jidin.

“Usaha pemberian dimulakan dan lebih 13,000 unit telah diedarkan dan akan terus diedarkan.

“Alhamduillah proses ini berjalan dengan baik dan kita akan terus laksanakan pengagihan untuk yang selebihnya,” katanya ketika mengulas mengenai pemberian komputer riba pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Isnin, kementerian pendidikan mengumumkan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama dua minggu selepas cuti hari raya Aidilfitri akan datang.

Radzi berkata, ia bertujuan mengelakkan jangkitan Covid-19 tersebar di sekolah selepas cuti perayaan tersebut, selain mahu mengelakkan tuduhan penularan terhadap pihak sekolah.

Ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen tahun lalu kerajaan mengumumkan pemberian komputer riba kepada 150,000 murid sekolah rintis bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, syarikat milik kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan akan menyumbang sebanyak RM150 juta ringgit ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba tersebut.

Dalam perkembangan lain, Radzi berkata kementerian sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan murid-murid asrama pulang ke rumah masing-masing dan akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat.