- Iklan -
Berita

Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19

Saifuddin sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah. Gambar: Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah. Gambar: Bernama

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah didapati positif Covid-19 malam tadi selepas menjalani ujian saringan.

Kementerian komunikasi dan multimedia dalam satu kenyataan berkata, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin dengan pemantauan rapi kementerian kesihatan.

“Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar,” kata kementerian itu.

Media turut melaporkan Saifuddin masih belum menerima sebarang vaksin dan sedang menunggu suntikan vaksin bersama pihak media.