- Iklan -
Berita

Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua diagih bermula 7 Mei

Fasa kedua BPR akan memanfaatkan 8.4 juta warga Malaysia daripada golongan B40.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Golongan B40 dalam kalangan warga Malaysia boleh memanfaatkan inisiatif Bantuan Prihatin Rakyat bagi berdepan krisis pandemik ketika ini.
Golongan B40 dalam kalangan warga Malaysia boleh memanfaatkan inisiatif Bantuan Prihatin Rakyat bagi berdepan krisis pandemik ketika ini.

Kementerian kewangan mengumumkan Fasa 2 inisiatif Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dimulakan pada 7 Mei depan selepas sejumlah RM1.93 bilion disalurkan kepada 8.4 juta daripada golongan B40 pada Fasa 1 BPR.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata peruntukan Fasa 2 BPR akan memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

“Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.”

Menurut Zafrul, peningkatan peruntukan tersebut adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.

“Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima,” katanya.

Zafrul berkata setiap penerima yang layak boleh menyemak status kelulusan BPR mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Berhubung cara pembayaran BPR bagai fasa kedua ini, Zafrul menjelaskan ia akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank atau melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Zafrul berkata, bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

“Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.”

Cara pembayaran BPR Fasa 2

Jenis penerimaTarikh Pembayaran MulaiCara Pembayaran
Isi rumah, warga emas dan individu bujang7 – 12 Mei 2021Terus dikreditkan ke dalam akaun bank
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak)17 Mei 2021Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa

 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.