- Iklan -
Berita

Bill Gates, isteri umum perceraian selepas 27 tahun

Bill Gates, 65, dan Melinda Gates, 56, berkahwin pada 1994 ketika wanita itu bekerja dengan firma teknologi dimiliki Bill.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Hartawan Bill Gates dan isteri, Melinda dilihat sebagai pasangan bahagia sejak dua dekad lalu. Namun, semalam mereka berdua mengumumkan perceraian. Gambar: AP
Hartawan Bill Gates dan isteri, Melinda dilihat sebagai pasangan bahagia sejak dua dekad lalu. Namun, semalam mereka berdua mengumumkan perceraian. Gambar: AP

Pengasas Microsoft, Bill Gates dan isterinya Melinda mengumumkan perceraian mereka pada Isnin selepas berkahwin selama 27 tahun.

Pengumuman itu dibuat menerusi Twitter oleh pasangan paling kaya di dunia itu sambil menambah akan terus bekerjasama dalam Bill & Melinda Foundation, sebuah yayasan yang mendanai pelbagai projek kemanusiaan di seluruh dunia.

“Selepas pertimbangan yang panjang dan pelbagai usaha untuk memulihkan hubungan, kami memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan kami,” kata mereka.

“Kami akan terus berkongsi misi dan akan terus bekerja bersama-sama di yayasan, tetapi tidak percaya dapat bersama-sama sebagai pasangan untuk fasa berikutnya dalam hidup kami.”

Bill Gates, 65, dan Melinda Gates, 56, berkahwin pada 1994 ketika wanita itu bekerja dengan firma teknologi dimiliki Bill.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Dalam kenyataan yang sama, mereka berdua memohon untuk diberikan ruang dan waktu bagi merancang kehidupan baru mereka selepas perpisahan tersebut.

Pengumuman tersebut muncul selepas dua tahun pengasas Amazon, Jeff Bezos, yang juga antara individu terkaya dunia mengumumkan perceraian dengan isterinya, MacKenzie.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.