Putrajaya perhalusi insurans Covid jemaah, pelawat ke Arab Saudi
Menurut menteri, syarat yang diberikan Arab Saudi bukan masalah besar kerana Malaysia memiliki banyak badan dan ejen insurans diiktiraf.
Terkini
Kerajaan akan memperhalusi dan membincangkan isu berkaitan syarat terbaru yang diumumkan oleh Arab Saudi, supaya jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke negara itu mesti mempunyai perlindungan insurans Covid-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya akan meneliti kenyataan rasmi berkaitan, terlebih dahulu.
“Bagi saya masalah itu tidaklah besar sangat sebab kita banyak badan dan ejen insurans diiktiraf, dan perkara ini kami akan perhalusi satu persatu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Masjid Sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
Semalam media melaporkan syarat terbaharu diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan itu, yang bertujuan menyediakan rawatan kesihatan kepada individu dilindungi insurans, jika dijangkiti Covid-19 sepanjang tempoh mereka berada di negara itu, dan membolehkan pesakit mendapat akses segera kepada rawatan.
Ia juga menyediakan perlindungan insurans untuk menampung kos bagi kes yang dikesan serta kuarantin, selain kes kecemasan untuk pemindahan perubatan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.