“Saya masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa,” kata bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid memuat naik hantaran tersebut menerusi akaun Facebooknya @Abdul Khalid Ibrahim pagi tadi setelah keluarga dan pegawainya banyak menerima mesej kononnya beliau telah meninggal dunia.
“Seawal subuh keluarga dan pegawai banyak menerima mesej bahawa saya telah kembali ke rahmatullah.
“Syukur Alhamdulillah saya masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa. Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan terus mendoakan kesejahteraan saya,” katanya.
Dalam hantaran yang sama juga Abdul Khalid dan isteri mengucapkan takziah kepada keluarga individu bernama Khalid Ibrahim yang dikatakan meninggal dunia itu.