Malaysia catat angka 3,973 kes baru, 22 kematian
Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,328.
Terkini
3,973 kes baru dicatat hari ini, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 448,457 kes.
Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,328 disusuli Sarawak (512), Johor (384), dan Kelantan (321).
Hanya Labuan (3) dan Putrajaya (8) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Sementara itu, Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 2,848 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 408,236.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 38,499.
Dalam pada itu, 453 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 224 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 22 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,722.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.