Varian Covid-19 India ditemui di 44 negara, kata WHO
Varian B.1.617 Covid-19 pertama kali ditemui di India pada Oktober tahun lalu.
Terkini
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata varian B.1.617 yang menjadi punca peningkatan kes Covid-19 di India, kini ditemui di puluhan negara lain.
Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), varian B.1.617 yang pertama kali ditemui di India pada Oktober tahun lalu, dikesan dalam lebih 4,500 sampel yang dimuat naik di pangkalan data “44 negara di enam rantau yang dipantau WHO”.
“WHO menerima laporan bahawa varian itu dikesan di lima lagi negara,” jelas WHO menerusi kemas kini epidemiologi mingguan mengenai pandemik tersebut.
Menurut WHO, setakat ini, Britain adalah negara di luar India yang melaporkan jumlah kes Covid-19 tertinggi melibatkan varian tersebut.
Awal minggu ini, WHO mengklasifikasikan varian B.1.617 sebagai kebimbangan global.
WHO turut menyenaraikan B.1.617 mempunyai ciri dan mutasi yang sedikit berbeza.
Ia turut disenaraikan bersama-sama tiga varian Covid-19 yang lain dari Britain, Brazil dan Afrika Selatan.
Label itu secara tidak langsung menunjukkan varian itu lebih berbahaya berbanding versi asal virus berkenaan yang lebih mudah menular, membawa maut dan mampu menembusi imuniti perlindungan vaksin.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.