- Iklan -
Berita

Kali akhir ‘jumpa Haziq’ melalui panggilan video

Pemanah recurve itu meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi semalam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin. Gambar: Bernama
Atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin. Gambar: Bernama

“Tak ada apa apa yang luar biasa. Kali terakhir kami berhubung pada raya pertama melalui panggilan video.”

Demikian perkongsian detik-detik akhir bersama Kamaruddin Yusof, 58, bapa kepada atlet memanah negara, Haziq, 27, yang meninggal dunia secara mengejut semalam.

Mengakui masih terkejut dengan kehilangan Haziq, beliau menjelaskan beliau dan keluarga sudah lama tidak bertemu kerana tidak boleh merentas daerah.

“Masa buat panggilan video, dia cakap sihat. Dia cerita semuanya bagus,” katanya yang ditemui pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham Haziq pagi ini.

Tambah Kamaruddin, anak kedua daripada tiga beradik itu juga teruja bercerita mengenai latihan dan persiapannya untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2021 di Jepun nanti.

“Apapun saya reda. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan jenazah arwah,” katanya menahan sebak.

Terdahulu, Allahyarham Haziq selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau di Melaka kira-kira 1.40 pagi tadi.

Pemanah recurve itu meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi semalam.

Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.