59 korban, 6,806 kes baru Covid-19, rekod tertinggi setakat ini
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 50,171.
Terkini
Malaysia menambah 6,806 lagi kes baru Covid-19 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 492,302.
Selangor pula kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,277 kes disusuli Kuala Lumpur (655), Johor (615), dan Sarawak (608).
Sementara itu, hanya Perlis (8) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 3,916 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 440,032.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 50,171.
Dalam pada itu, 587 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 330 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 59 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,099.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.