- Iklan -
Berita

CDC kesan beberapa ‘masalah jantung’ dalam kalangan belia AS disuntik vaksin

Kebanyakan kes dilihat tidak teruk, dan penelitian susulan terhadap kes-kes tersebut masih dijalankan.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Pada pertengahan Mei lalu, Amerika Syarikat telah membenarkan vaksinasi dijalankan ke atas remaja berumur 12 hingga 15 tahun. Gambar: AP
Pada pertengahan Mei lalu, Amerika Syarikat telah membenarkan vaksinasi dijalankan ke atas remaja berumur 12 hingga 15 tahun. Gambar: AP

Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) berkata mereka sedang meneliti beberapa laporan keradangan jantung dalam kalangan belia yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, namun kaitan antara kesan sampingan itu dengan vaksin belum dapat disahkan ketika ini.

“Wujud beberapa laporan myocarditis,” terutama dalam kalangan belia, susulan dos vaksin mRNA seperti Pfizer dan Moderna, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

“Kebanyakan kes dilihat tidak teruk, dan penelitian susulan terhadap kes-kes tersebut masih dijalankan,” kata CDC sambil menambah beberapa laporan menunjukkan ia lebih banyak dikesan dalam kalangan lelaki yang mendapatkan dos suntikan vaksin kedua.

Agensi itu masih belum menerbitkan butikan maklumat mengenai bilangan sebenar kes yang dilaporkan selain umur mereka yang terjejas.

“Dalam sistem pantauan keselamatan CDC, kadar laporan myocarditis… susulan vaksinasi Covid-19 tidak dapat dibezakan daripada jangkaan kadar garis asas CDC,” kata CDC.

Pada pertengahan Mei lalu, AS membenarkan kanak-kanak berusia antara 12 hingga 15 tahun untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.