- Iklan -
Berita

Assad menang pilihan raya Syria, terajui pentadiran penggal keempat

Assad menang 95.1% undi berbanding 88.7% yang diperolehinya pada 2014.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sebilangan besar penyokong Assad memenuhi Dataran Umayyah, di ibu kota Syria, Damsyik, untuk meraikan kemenangan Assad, mengibarkan bendera Syria dan poster Assad, dengan lagu kebangsaan berkumandang daripada pembesar suara. Gambar: AP
Sebilangan besar penyokong Assad memenuhi Dataran Umayyah, di ibu kota Syria, Damsyik, untuk meraikan kemenangan Assad, mengibarkan bendera Syria dan poster Assad, dengan lagu kebangsaan berkumandang daripada pembesar suara. Gambar: AP

Parlimen Syria pada Khamis mengumumkan kemenangan Presiden Bashar al-Assad dalam Pilihan Raya Presiden 2021, kemenangan penggal keempat beliau dalam tempoh tujuh tahun.

Speaker Parlimen Hamoudeh Sabbagh, mengatakan Assad menang 95.1% undi berbanding 88.7% pada pilihan raya 2014, lapor Xinhua.

Menurut beliau, kira-kira 14 juta daripada 18 juta pengundi yang memenuhi syarat dari dalam dan luar Syria mengundi, dengan kadar yang keluar mengundi 78.64%.

Sebilangan besar penyokong Assad memenuhi Dataran Umayyah, di ibu kota Syria, Damsyik, untuk meraikan kemenangan Assad, mengibarkan bendera Syria dan poster Assad, dengan lagu kebangsaan berkumandang daripada pembesar suara.

Sepanduk yang menyokong Assad turut dipasang di sekitar dataran dan jalan-jalan utama di ibu kota itu.

Kemenangan Assad telah dijangka kerana pesaing pilihan rayanya adalah pemimpin pembangkang yang kurang berpengaruh dan seorang bekas menteri kabinet.

Pilihan raya diadakan pada Rabu dengan pusat undi dibuka hingga tengah malam.

Kerajaan Syria telah mendorong para pengundi untuk keluar mengundi demi “masa depan Syria.”

Pada 17 Julai 2000, Assad menggantikan ayahnya Hafez al-Assad sebagai presiden Syria.

Di bawah perlembagaan Syria yang diterima pakai pada 2012, presiden Syria berhak untuk memegang jawatan itu dua kali, bermaksud ini akan menjadi penggal terakhir Assad dalam jawatan itu.