- Iklan -
Berita

Lim Kok Wing meninggal dunia pada usia 75 tahun

Beliau meninggal dunia di Hospital Pantai pagi ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengasas Limkokwing University of Creative Technology, Lim Kok Wing. Gambar: Facebook
Pengasas Limkokwing University of Creative Technology, Lim Kok Wing. Gambar: Facebook

Pengasas Limkokwing University of Creative Technology, Lim Kok Wing meninggal dunia hari ini pada usia 74 tahun.

Lim yang mengasaskan universiti itu pada 1991 dimasukkan ke Hospital Pantai seminggu lalu.

Khabar angin mengenai kematiannya tersebar sejak bulan lepas dan universiti itu berkata Lim terjatuh di rumahnya.

“Kami terharu dengan ucapan takziah dan sokongan diberikan ramai dan meminta ruang untuk tanpa gangguan berkabung atas pemergiaan lelaki yang sangat kami hormati,” kata universiti itu dalam satu kenyataan.

Lim merupakan seorang artis, pereka bentuk, usahawan dan dermawan diiktiraf kerajaan sebagai Bapa Pendidikan Inovasi dan Kreatif.

Universitinya merupakan kolej swasta pertama dalam negara yang diiktiraf sebagai universiti, satu pengiktirafan yang diberikan pada 2002.

Ia menjadi universiti penuh lima tahun kemudian pada 2007.

Reputasi Lim dalam perhubungan awam memang cukup besar.

Pada 1994, beliau membantu dalam kempen pendaftaran pengundi yang ternyata berjaya dalam pilihan raya umum bebas yang pertama di Afrika Selatan yang menyaksikan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pimpinan Nelson Mandela mencapai kejayaan besar.

Perdana menteri pada ketika itu Dr Mahathir Mohamad yang mengesyorkan kepada Mandela supaya menggunakan khidmat Lim untuk kempen pendaftaran pengundi secara besar-besaran yang menyaksikan daripada 20 juta pengundi yang layak, sembilan juta adalah buta huruf.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi