- Iklan -
Berita

1.11 juta individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19

Setakat 2 Jun, 51.90% atau 12,584,422 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,337,532 orang.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Program vaksinasi kebangsaan dimulakan sejak Februari lalu bermula dengan barisan hadapan negara. Gambar: Bernama
Program vaksinasi kebangsaan dimulakan sejak Februari lalu bermula dengan barisan hadapan negara. Gambar: Bernama

Seramai 1,114,684 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam (2 Jun), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 2,098,189 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,212,873 dos setakat semalam.

Katanya lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,539 dos diikuti Sarawak (111,322), Perak (105,298), Kuala Lumpur (101,221) dan Johor (97,974).

Setakat semalam, beliau berkata 51.90% atau 12,584,422 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,337,532 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

 

 

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.