- Iklan -
Berita

AS kecam pesawat China ‘burukkan keadaan’ masuk ruang udara Malaysia, Taiwan

Tindakan tersebut menambah senarai aktiviti China ganggu kestabilan wilayah lain.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Pesawat Ilyushin Il-76 adalah antara pesawat China yang dikesan TUDM semalam. Gambar: TUDM
Pesawat Ilyushin Il-76 adalah antara pesawat China yang dikesan TUDM semalam. Gambar: TUDM

Komander Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat mengecam penerbangan pesawat tentera China di wilayah Malaysia dan Taiwan dengan menyifatkan ia “lebih memburukkan keadaan” dan “menganggu kestabilan”.

Minggu ini, 16 pesawat ketenteraan China melakukan penerbangan di kawasan perairan Borneo menyebabkan pasukan tentera udara Malaysia melakukan pintasan ke atas pesawat-pesawat tersebut.

Kenneth Wilsbach berkata aktiviti-aktiviti tersebut dan peningkatan pencerobohan terhadap zon ruang udara Taiwan “menambah senarai” aktiviti China yang “mengganggu kestabilan dan boleh mencetuskan ketegangan” di wilayah tersebut.

“Kita akan jadikan diri kita disalah anggap di wilayah itu jika sebahagian daripada aktiviti tersebut dilakukan sedangkan kita tidak seharusnya masuk ke ruang udara negara lain,” kata Wilsbach.

Beijing mendakwa Taiwan adalah sebahagian dari China dan mendakwa pesawatnya yang memasuki ruang udara Malaysia sebagai latihan rutin dan tidak memasuki ruang udaranya.

Beijing tidak mempedulikan tribunal antarabangsa 2016 yang memutuskan dakwaan sejarah yang kononnya negara itu memiliki keseluruhan ruang udara Laut China Selatan sebagai satu dakwaan yang tidak mempunyai asasnya.

Wujud kebimbangan di Barat, China yang memiliki kekuatan besar ketenteraan mungkin mengambil semula Taiwan secara paksa.

Sejak beberapa bulan lalu, penerbangan pesawat China di kawasan selat itu semakin meningkat dan ia dilihat cuba menekan kemampuan pertahanan udara Taiwan.

“Saya percaya ini adalah strategi China untuk mengundang tindakan daripada pasukan Taiwans,” dengan memaksa pasukan tentera udara Taiwan untuk memberikan reaksi setiap kali pencerobohan berlaku, kata Wilsbach.

Berdepan dengan kekuatan China, Wilsbach turut berkata pasukan AS juga sedang menggerakkan asetnya di wilayah tersebut bagi menyukarkan negara-negara tersebut menjadi sasaran China.

“Kami sudah mengkaji setiap perkara di wilayah itu dan kami telah menganalisis dan menilai kemungkinan beroperasi di lokasi tersebut,” katanya.

“Kami memiliki pangkala data yang cukup bagi setiap ruang udara, ada daripadanya sesuai keperluan kami, namun banyak juga yang tidak sesuai.”

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.