- Iklan -
Berita

Kerajaan pertimbang pendaftaran vaksin secara automatik, kata Muhyiddin

Perdana menteri mengarahkan JKJAV untuk mempercepatkan proses rakyat yang sudah mendaftar agar diberikan tarikh janji temu dalam masa terdekat.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur diiringi Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Khairy Jamaluddin. Gambar: Facebook
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur diiringi Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Khairy Jamaluddin. Gambar: Facebook

Kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pendaftaran vaksin secara automatik bagi memudahkan rakyat untuk membuat pendaftaran di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Saya juga meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk melihat semula proses pendaftaran vaksin agar dapat dipermudahkan lagi, termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksinasi,” katanya dalam ucapan sempena 100 hari pelaksanaan PICK yang bermula pada 24 Februari 2021.

Muhyiddin berkata, beliau mengarahkan JKJAV untuk mempercepatkan proses rakyat yang sudah mendaftar agar diberikan tarikh janji temu dalam masa terdekat.

“Saya ambil maklum, keresahan ramai yang masih belum menerima tarikh janji temu vaksin masing-masing,” katanya,

Setakat kini, hampir 13 juta rakyat sudah mendaftar di bawah PICK untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Kerajaan mensasarkan 80% populasi rakyat Malaysia akan mendapat suntikan vaksin Covid-19 sebelum akhir tahun ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.