- Iklan -
Berita

Agong akan pengerusikan perbincangan tentang Covid-19 bersama Raja Melayu minggu depan

Istana Negara berkata pertemuan tersebut adalah inisiatif Sultan Abdullah dan kali kedua dianjurkan sejak beliau ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan Istana Negara. Gambar: Bernama
Pemandangan Istana Negara. Gambar: Bernama

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan di Istana Negara pada 16 Jun depan yang akan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah, kata sebuah kenyataan Istana Negara hari ini.

Perbincangan khas itu adalah susulan daripada pertemuan Agong bersama pemimpin parti politik yang bermula hari ini.

Dalam sebuah kenyataan, Istana Negara berkata perbincangan khas tersebut adalah inisiatif Sultan Abdullah bagi membincangkann usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Padukan menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan AGing ke-16 pada 31 Januari 2019.

“Kali pertama perbincangan khas raja-raja Melayu telah dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober 2020 di Istana Negara.”

Awal hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dilaporkan telah mengadap Sultan Abdullah.

Selain kedua-dua pemimpin politik tersebut, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga turut mengesahkan jemputan untuk mengadap Sultan Abdullah.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut mengesahkan akan mengadap baginda Isnin depan.

Sebelum ini, sumber rapat yang maklum dengan pertemuan-pertemuan dengan pihak istana dan pemimpin politik sepanjang perintah darurat dikuatkuasakan telah memaklumkan kepada MalaysiaNow bahawa pertemuan yang diaturkan tersebut hanyalah pertemuan biasa.

“Memang betul dari segi mengadap, namun dari segi tujuan ia diadakan tak betullah (seperti yang diuar-uarkan),” kata sumber itu menafikan dakwaan yang tular kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan.

 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.