- Iklan -
Berita

Afrika Selatan dilanda gelombang ketiga Covid-19

Negara itu mencatatkan 9,149 kes baru dalam tempoh 24 jam lalu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Afrika Selatan menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin Johnson & Johnson. Negara itu kini berdepan gelombang baru pandemik selepas jangkitan harian catat 5,000 kes. Gambar: AP
Warga Afrika Selatan menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin Johnson & Johnson. Negara itu kini berdepan gelombang baru pandemik selepas jangkitan harian catat 5,000 kes. Gambar: AP

Afrika Selatan kini dilanda gelombang ketiga jangkitan Covid-19 selepas merekodkan 9,149 kes baru dalam tempoh 24 jam lalu, memetik data Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD) pada Khamis.

NICD berkata sejak tujuh hari lalu, rata-rata kes yang dicatatkan melebihi 5,000, lapor Anadolu.

“Terdapat peningkatan 844 kemasukan pesakit ke hospital dan 127 lagi kematian dilaporkan sepanjang 24 jam lalu,” kata NICD.

- Iklan -

Wilayah Gauteng, merangkumi Johannesburg dan Pretoria adalah penyumbang terbesar kes baharu iaitu sebanyak 61%.

Diikuti pusat pelancongan Cape Barat menyumbang 10% kes sementara wilayah Free State dan North West menyumbang enam peratus.

Secara keseluruhan Afrika Selatan merekodkan kes Covid-19 tertinggi di benua itu dan setakat ini seramai 12,044,072 orang sudah menjalani ujian saringan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.