- Iklan -
Berita

Disyaki lakukan amang seksual, polis tahan pemilik Instagram ‘safieyillias94’

Dia turut disyaki melakukan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis di Mahkamah Bangi membawa dua pengguna Instagram, bagi memohon perintah tahan reman kerana disyaki melakukan komunikasi lucah melibatkan kanak-kanak bawah umur
Anggota polis di Mahkamah Bangi membawa dua pengguna Instagram, bagi memohon perintah tahan reman kerana disyaki melakukan komunikasi lucah melibatkan kanak-kanak bawah umur

Polis menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai “safieyillias94” semalam kerana disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Tanpa mendedahkan butiran tempat suspek ditahan, Ketua Polis Kajang Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya akan membuat permohonan reman suspek, hari ini.

“Beri masa kepada pihak kami untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini,” katanya ringkas kepada Bernama.

Perbuatan itu dikatakan berlaku baru-baru ini, semasa pemilik akaun Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama “pipinatasha” dan dua kanak-kanak bawah umur.

Kedua-dua mereka turut menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.