- Iklan -
Berita

Peluru berpandu BUK didakwa jatuhkan MH17 dijejak mahkamah Belanda

Peluru berpandu itu dipercayai berasal dari Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 tentera Rusia yang berpangkalan di Kursk berdekatan sempadan Ukraine.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Hakim and peguam memeriksa bangkai pesawat Malaysia Airlines MH17, di Pangkalan Udara Gilze-Rijen, Belanda. Gambar: AP
Hakim and peguam memeriksa bangkai pesawat Malaysia Airlines MH17, di Pangkalan Udara Gilze-Rijen, Belanda. Gambar: AP

Tertuduh terlibat menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine pada 2014 memindahkan platform pelancar peluru berpandu BUK ke Rusia.

Hakim-hakim di mahkamah Belanda kini dalam proses mendengar dan meneliti sistem yang digunakan pelancar peluru berpandu darat yang telah memusnahkan Boeing 777 pada 17 Julai 2014, meragut 298 nyawa penunggang pesawat tersebut termasuk 196 warga Belanda.

Para penyiasat berkata platform peluru berpandu itu digunakan berhampiran bandar Pervomayski yang dikendalikan pemisah Ukraine.

Beberapa komunikasi yang dipintas menunjukkan strategi pertahanan telah didraf selepas pesawat itu ditembak jatuh mengikut dakwaan yang mengatakan ia telah ditembak pewasat tempur Ukraine, yang kemudian dijatuhkan oleh peluru berpandu Rusia.

Warga Rusia Oleg Pulatov, Igor Girkin, Sergei Dubinsky, dan Leonid Kharchenko dari Ukraine didakwa melakukan pembunuhan itu selepas pesawat penumpang itu ditembak jatuh ketika melakukan penerbangan rutin dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Peluru berpandu itu dipercayai berasal dari Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 tentera Rusia yang berpangkalan di Kursk berdekatan sempadan Ukraine.

Pulatov, satu-satunya defendan yang diwakili peguam dalam perbicaraan itu memberitahu peguamnya bahawa rujukan-rujukan kepada sistem “BUK” dalam pintasan perbualan adalah bagi menipu pasukan musuh.

Hakim pada Isnin berkata bahawa mahkamah akan meneliti bukti-bukti sepanjang minggu ini melibatkan tiga persoalan utama: apakah Boeing 777 ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia; lokasi peluru berpandu itu dilancarkan, dan peranan keempat-empat suspek dalam nahas tersebut.

Pendakwa raya dan peguam bela diberi peluang untuk membentangkan kes mereka dalam perbicaraan yang akan berlangsung sehingga 9 Julai depan.

Saudara-mara mangsa pula akan diberikan peluang berucap di mahkamah pada September depan.