- Iklan -
Berita

Program imunisasi sasar kilang, tapak industri, jutaan pekerja bakal peroleh vaksin

Fasa kesempat program imunisasi Covid-19 atau dikenali sebagai Pikas, kerjasama awam-syarikat persendirian menyasarkan vaksinasi pekerja-pekerja sektor swasta.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pekerja kilang elektronik melakukan kerja-kerja produksi di kawasan perindustrian Kota Damansara. Hanya 30% pekerja yang dibenarkan hadir untuk bekerja sepanjang tempoh PKP 3.0 secara penuh dengan SOP yang ketat.
Pekerja kilang elektronik melakukan kerja-kerja produksi di kawasan perindustrian Kota Damansara. Hanya 30% pekerja yang dibenarkan hadir untuk bekerja sepanjang tempoh PKP 3.0 secara penuh dengan SOP yang ketat.

Puluhan ribu pekerja di sektor perkilangan akan diberi suntikan vaksin di bawah fasa keempat program imunisasi Covid-19 besar-besaran kerajaan atau Pikas, sebuah program imunisasi industri Covid-19 kerjasama awam-swasta yang disasarkan untuk vaksinasi pekerja sektor swasta.

Di bawah program sukarela itu, beberapa kementerian akan bekerjasama dengan kementerian sains, teknologi dan inovasi (Mosti) bagi vaksinasi pekerja di sektor masing-masing.

Kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) hari ini mengumumkan bahawa program vaksinasi percuma itu akan dimulakan pada 16 Jun dengan operasi vaksinasi di tapak kilang dan lokasi-lokasi perindustrian bagi syarikat yang memiliki sekurang-kurangnya 1,000 pekerja.

Ia berkata keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam sektor seperti elektrik dan elektronik, pemprosesan makanan, besi dan keluli, alat perubatan, peralatan pelindung diri, minyak dan gas, dan produk getah bagi kegunaan perubatan.

“Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja untuk menanggung yuran pentadbiran kepada pengamal am perubatan swasta dan untuk penggunaan pusat pentadbiran vaksin yang dikendalikan oleh pihak swasta.

“(Ia) termasuklah apabila pekerja tidak lagi bekerja di syarikat yang sama sebelum imunisasi penuh pekerja yang berkenaan.” katanya.