- Iklan -
Berita

Filipina lanjut sekatan perjalanan pelancong dari India

6 negara lain termasuk Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Oman dan UAE turut termasuk dalam senarai larangan perjalanan ke negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Filipina mengambil nombor giliran vaksin. Negara itu menjadi antara negara Asean yang paling perlahan kadar vaksinasi setakat ini. Gambar: AP
Warga Filipina mengambil nombor giliran vaksin. Negara itu menjadi antara negara Asean yang paling perlahan kadar vaksinasi setakat ini. Gambar: AP

Filipina melanjutkan larangan perjalanan untuk kemasukan semua pelancong dari India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hingga 30 Jun, kata jurucakap presiden Harry Roque, Isnin.

Dalam satu kenyataan, Roque menyatakan Presiden Rodrigo Duterte bersetuju melanjutkan sekatan perjalanan untuk mencegah varian yang lebih cepat menular, lapor Xinhua.

Awalnya, Filipina mengenakan sekatan perjalanan dari India bermula 29 April kerana lonjakan Covid-19 di negara itu. Larangan kemudiannya diperluaskan kepada pelancong dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka mulai 7 Mei.

Filipina juga melarang ketibaan antarabangsa dari Oman dan UAE pada 15 Mei selepas pekerja Filipina dari luar negara yang tiba dari negara berkenaan positif varian Covid-19 yang pertama kali dikesan di India.

Pada Isnin Filipina mencatatkan 1,322,053 kes Covid-19 termasuk 22,845 kematian.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.