- Iklan -
Berita

Vaksinasi harian meningkat, Sarawak optimis capai sasaran imuniti kelompok

Sarawak berjaya memberikan 45,291 dos vaksin semalam, berbaki 5,000 untuk mencapai sasaran vaksinasi hariannya sebanyak 50,000.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg. Gambar:  Bernama
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg. Gambar: Bernama

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg optimis negeri itu akan dapat mencapai saaran imuniti kelompok menjelang Ogos depan mengatakan Sarawak berjaya memberikan 45,291 dos vaksin semalam.

Bercakap dalam sidang media di Kuching, Johari berkata Sarawak sedang meningkatkan usaha-usaha untuk menyasarkan vaksinasi sebanyak 50,000 suntikan.

“Fokus kita sekarang adalah mempertingkatkan pasukan vaksinasi yang bergerak membawa vaksin ke kawasan pedalaman dan terpencil di Sarawak.

“Kami akan gunakan semua aset lojistik yang kita ada untuk menghantar vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) sama ada menggunakan bot atau jalan darat atau kita terbangkan gunakan helikopter. Semua kos-kos lojistik akan ditanggung kerjaan negeri,” katanya.

Beliau berkata lebih banyak PPV akan dibuka di Sarawak yang memeiliki 121 hospital kerajaan, 80 klinik swasta pengawal am, 12 hospital swasta dan empat PPV berskala besar di Stadium Perpaduan, Universiti Malaysia Sarawak, Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan Institut Kemahiran Belia Negara Miri.

Beliau berkata Sarawak akan menerima 410,460 dos vaksin lagi minggu ini.

“Esok, sejumlah 110,380 dos vaksin Covid-19 akan tiba di Miri, dan lagi 300,080 dos akan tiba di Kuching pada hari berikutnya.”

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.