- Iklan -
Berita

Britain catat lebih 11,000 kes harian, tertinggi sejak 4 bulan lalu

Kes-kes jangkitan 'meningkat secara mendadak' di seluruh negara itu, ia dilaporkan telah menjangkiti kumpulan-kumpulan yang belum divaksinasi.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Kerajaan Britain bakal menangguhkan pembatalan lanjutan sekatan pergerakan selepas peningkatan kes harian yang mendadak pada 17 Jun dengan catatan 11,007 kes baru. Gambar: AP
Kerajaan Britain bakal menangguhkan pembatalan lanjutan sekatan pergerakan selepas peningkatan kes harian yang mendadak pada 17 Jun dengan catatan 11,007 kes baru. Gambar: AP

Britain merekodkan 11,007 kes harian pada Khamis selepas varian Delta dikesan di negara itu sehingga angka jangkitan mencatatkan angka lebih 10,000 bagi pertama kali sejak Februari lalu.

Kerajaan Britain pada Isnin lalu mengumumkan bakal mengambil langkah untuk menangguhkan pembatalan sekatan pergerakan ekoran kebimbangan mengenai penularan varian baru Covid-19 yang pertama kali dikesan di India.

Britain turut berkata penangguhan empat minggu pembatalan sekatan pergerakan itu akan memberikan masa kepada mereka untuk menyempurnakan vaksinasi bagi jutaan lagi penduduknya.

Kadar kematian di negara itu masih lagi di tahap yang rendah dengan 19 korban dicatatkan pada Khamis.

Vaksin yang diberikan kepada penduduk Britain dipercayai sangat efektif dalam mencegah simptom serius akibat varian tersebut.

Namun masih ada kebimbangan sama ada kes yang meningkat di negara itu akan turut mencatat kematian tinggi seperti gelombang wabak sebelum ini yang telah meragut 127,945 nyawa.

Laporan kerajaan yang diterbitkan pada Khamis mendapati kes-kes jangkitan “meningkat secara mendadak” di seluruh negara itu, ia menjangkiti kumpulan-kumpulan yang belum divaksinasi.

Data laporan itu juga mendapati kes-kes Covid-19 di negara itu mencatat gandaan setiap 11 hari.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.